Wednesday, February 3, 2010

how do i spend my weekends?

demam dah makin better. sore throat pun dah ok, bergelen gelen air aku minum sampai asik nak ke tandas je. cuma kadang2 denyut kat kepala dtg n ilang, ditambah lagi sakit di pinggang sampai nak baring pun tatau posisi ape yg selesa.

ok, back to the topic. saje nak share mcm mana sy abiskan weekend sy selepas bergelar istewwii :p. sementara ade mood nak menaip since pas kawin blog ni mcm dah ilang arah tuju je. hehe. rasanya semua org pun tau yg sy ni distant wife. sy tak gelar diri sy weekend wife, pasal ade gak weekend yg sy tak dpt jumpe ngan husband sy pun :(

ok 1st weekend: kami bermalam di rumah mertua di seremban pasal esok tu nak balik kulaifornia utk memulakan tugas bg sesi 2010. first time tido umah mertua as a wife. sblm ni dah 2 kali aku tumpang tido umah tu masa bertunang. sekali sbb nak balik kedah dgn in-laws and sekali lagi sbb nak balik beraya, tp gedik nak berbuka dulu ngan ex-tunang, akhirnya dah lewat malam dan dipaksa tido di rumah mereka. keesokan pagi kami bgn around kul 8 pg (dlm erti kata lain, kami termiss subuh haha) sbb drive dr kedah tu konon2 agak memenatkan. pagi2 ayah dah tegur, dlm niat bergurau mungkin.."nape lambat bangun?" aku sengih je sbb takde jawapan yg sesuai. malas nak menjawab dgn org tua lagipun. so the next morning, kul 9 pg kami pecut balik kulaifornia, sampai cun2 kul 11. pegi beli broadband seketoi kat tesco, trus ke larkin antar si suami balik seremban balik naik bas kul 2 ptg. purpose nya di sini, si suami cuma meneman aku bawak balik kete ke kulai. itu saje..sblm ni tugasan meneman adalah mak dan ayah aku, skang dah bersuami kena la dia plak temankan.

2nd weekend:
selepas seminggu berhempas pulas dgn mesyuarat awal tahun dan keje2 persediaan awal tahun, aku trus shoot balik seremban dgn kelisa rempit aku. asalnya nak balik dgn bus, tp tiket plak sold out. jadi cuba2 memberanikan diri utk balik sorang2 dan alhamdulillah, selamat. duduk umah mertua mmg perut tak pernah lapar. hihi. sampai2 je dah siap2 ade hidangan nak dimakan. mak mertua aku mmg jenis suka masak n lauk feveret dia kalau masak mesti ada ikan masak asam pedas.



aku sebenarnya tak keen sgt dgn ikan, tp sbb nak jaga ati maka aku makan jugakla dan lama2 aku rasa cam dah tak kesah, ikan pun ikan la janji perut aku kenyang. hehhe. esoknya tu kami balik ke muar, kampung diorg. segan jugak mula2 pasal dah bertandang umah sedara2 sedangkan blum lagi majlis bertandang masa ni. tujuan balik kampung, nak mengedar kad jemputan dan ada lagi satu tujuan yg aku sengaja buat2 lupa sbb ada memori yg tak brp bes (rujuk entry majlis bertandang)

3rd weekend: mggu ko-kurikulum dah bermula dan aku tak dpt balik ke seremban mahupun selayang. balik alor star lagi jgn mimpi la. huhu. 1st time tak balik, mula2 igtkan ok. rupanya tak bes jugak. mmg sgt rindu-rinduan lah. ye, kedengaran agak gedik di situ, tp tu mmg hakikatnya. tak percaya pi la try. ditambah plak masa tu aku migrain2 n muntah2, rasa sedih sgt sbb takde sape nak tengokkan. ok, tak suka minggu ketiga ini.




4th weekend: balik selayang dgn bus sbb si suami ada hal nak setelkan pd hari sabtu. ptg sabtu, baru kami balik seremban. mcm biasa makan byk sampai kenyang. hihi. mmg bes la balik seremban. masuk minggu keempat baru la aku berani nak cari penyapu tolong2 kemas rumah sbb dah tak rasa kekok sgt. lgpun bila kita dah duduk umah mertua, takkan nak rilek je kan. dah la masuk dapur setakat tolong basuh pinggan n potong2 bawang. hehhe. mmg untung aku dapat mak mertua rajin masak, aku cuma tolong bahagian housekeeping je hehe


owh, kucing kami tak tolong mengemas pun

5th weekend: adalah majlis bertandang yg sy malas nak citer. sy amik cuti sampai selasa. ari ahad semua sedara dah balik. so tinggal la kami 4 beranak sibuk mengemas rumah, mop lantai simpan balik pinggan mangkuk, periuk belanga yg dah dibasuh. sampai tgh malam jugak la buat semua tu. aku plak dah makin berani pakai washing machine umah mertua. sblm ni sanggup aku bawak balik baju busuk ke kulaifornia. rasional? tataulah. mungkin takut mak mertua yg sidai baju aku kot. owh, owh. mlm tu dgn tiba2 mak mintak buatkan sayur kobis. owh, dan2 jadi tak reti bila ada org pantau. haha. yg tak besnya pasal takde letak kicap, sbb sy suka makan makanan berkicap. tp diorg tak brp plak makan kicap2 ni. huh




sblm balik ari selasa, sayur plak semuanya dah abis. yg ada cuma tomato yg lebih2 masa kenduri. aku pun pandai2 la buat kerabu tomato hentam2, nasib baik jadik. nasib lagi baik pasal diorg tak pernah makan kerabu mcm tu. (kat kedah, mcm2 jenis kerabu ada). dpt la pujian skit dari suami n mak. ayah? mcm biasa..kool2 je. masak ape pun dia makan tanpa sebarang rungutan.




6th weekend: yeay, wiken paling bes sejak bergelar isteri. dpt spend full weekend dgn husband alone kat selayang celebrating his 30th birthday.




plan asal igt nak beli kek kecik2 utk mkn 2 org mlm tu, tp sampai kl agak lambat due to traffic jam melampau (clashes with thaipusam dgn hari wilayah membuatkan org ramai begitu teruja bercuti). last2 kitorang pi mkn kat kedai seafood kat tepi apartment mewah kitorang tu. dpt jugak mkn kueteow hongkong yg diidam-idamkan selama ni. keesokan harinya, baru la celebrate btul2 his birthday. late lunch dgn steamboat and movie at the curve. kami pi layan citer Adnan Sempit yg mmg ngok abis. mmg penat la gelak.



aku pun mmg taknak tgk citer serius2 ala2 lawan2 tah hape2, buat rosak mood je kan. husband yg request nak tgk Adnan Sempit, aku ok kan je.. bleh gelak2 release tension. Sunday, kami mmg awal2 plan tak nak jln, nak duduk umah je. kemas umah, and masak. lepas kawin ni, mmg syok je nak masak utk suami. kalau kat umah mertua cam segan skit, rumah sendiri bleh la buat ikut suka. hasilnya tghari tu dpt jugak dia makan ikan bawal sweet sour (ikan bawal suami yg siang haha), kangkung goreng belacan and telur dadar.




walaupun simple, tp si suami tambah 2 kali jugak. lega rasa. seronok. tayah beli kete mewah cap ferrari pun utk buat aku bahagia.


7th weekend: adalah ujung minggu ni, dan sy kena kerja ari sabtu dan ari ahad. tatau lagi si suami nak dtg sini ke tak. kalau dtg pun takut sy tak sempat nak layan dia sbb bz dgn keje. emm..

8th weekend: really looking forward for this week sbb nak balik home sweet home taman setia berjaya, alor star. sejak kawin, ni la baru nak balik kg tau...tidak sabar!!

ok, tu je kot utk kali ni. gila panjang entry aku kali ni. puas hati aku selepas satu hari aku MC pada ari ni.

*semua gambar adalah hasil carian google

Tuesday, February 2, 2010

unwell

i'm sick and restless..




my body temperature is not stable. kejap panas, kejap normal. kepala berdenyut denyut dah 2 ari tak ilang2.

sore throat..kejap ada, kejap takde.

bekerja dari 7 30 pagi hingga 6.30 ptg pada hari ini. esok lusa tulat tungging terbalik, sama je rutinnya.

akan bekerja lagi pada hari sabtu dan ahad ini.

tolonglah, sy nak 24hrs transfer to KL right now, sape bleh tolong? ada org kuat KPM baca blog aku tak?

Monday, January 25, 2010

majlis bertandang

majlis bertandang sy


...



...


...


...



...



...



...



@&*)^%##*!!!!!


hint: saya seperti HANTU zaman 60-an, cantik sikit dari Mak Lampir!



p/s: sape tau buat post yg password protected? tolong

Wednesday, January 20, 2010

suggestions, please :)

i need your kind suggestions, friends. next week is my husband's birthday and its going to be our 1st time celebrating it as husband and wife.

the problem is, i really don't have any idea of what to give him as a birthday present...since, most of the item had been given as hantaran during the wedding. (it includes watch, perfume, shoes, shirt-my fav gift for him most of the time, wallet and belt)..my, my.really takde idea ni.

husband once request for this





hoho, mintak mahap la no..duit tak cukup lagi nak beli

Monday, January 18, 2010

sebulan sudah~

cepatnya masa berlalu.. sedar2 dah sebulan. dulu nak buat countdown sebulan pun rasa mcm lama.

anyway, hepi 1 month, dear. i love u soo much!





*nak album! nak album! nak album!

Tuesday, January 12, 2010

sekolah jahat

betoi, skolah sy jahat. lebih jahat dari skolah henry gurney skolah budak2 jahat tu. mcm mana saya tak kata skolah ni jahat? ari2 keje tak pernah kurang, bertambah dan bertambah dan bertambah dan bertambah. hari2 kalau bleh nak meeting je kejenya. tatau apa yg dibincang dalam meeting, kadang2 ulang benda yang sama je.

menambahkan jahat skolah saya tu bila tiba2 tarikh hari sukan diawalkan. maka kami cikgu2 geng jahat ni kena la bertungkus lumus buat latihan rumah sukan pada pukul 4 30 ptg (waktu di mana kebanyakan pekerja lain mula packing untuk pulang) mulai minggu depan di bawah sinaran pancaran matahari terik menjadikan wajahku yang putih suci ni bertukar menjadi keperang perangan! tak buleh ke mereka faham aku blum buat majlis sebelah laki oi!

tak cukup dengan niat jahat nak menggelapkan anak2 dara, mak2 dara dan mak2 orang, serta bapak2 org, anak2 bujang dan anak2 ikan, skolah jahat kami juga suka mengatur misi membuat aktiviti pada ari sabtu (hari di mana kebanyakan pekerja sedang berehat bersama keluarga tersayang). tak cukup dengan kegiatan ko-kurikulum, ade hati lagi nak mesyuarat PIBG hari sabtu. eh eh. tak buleh ke mereka faham aku punya si suami dan kami ada keperluan lain untuk dituntuti? ehhhh.

dah la buat aktiviti tak kira hari tak kira masa, ade plak longkang2 busuk bertanya "tak balik ke, cikgu?"..."balik la cikgu, kesian suami kene tinggal" dan mcm2 lagi pertanyaan dan pernyataan bagi membuktikan mereka lebih prihatin daripada jahat. ehhhhhhh. skolah ni bukan setakat jahat je, malah pelik!

iktibar: jangan hantar anak kat skolah jahat.



Sunday, January 10, 2010

i thought i would be ok.. :(



"all that I'm after is a life full of laughter
as long as I'm laughing with you"

( daughtry -life after you)


i thought being a distant wife was easy. but it's not!

i started blaming myself for not applying for transfer last year. knowing the fact i did't have a strong reason to apply for it,
at that moment. i thought waiting for 6 months is a short period. but 6 hours without him was like a looongg hell!

Ya Allah, grant me with a little more faith to carry on and guard me with patience.
 
suka.hati - by Templates para novo blogger