Monday, August 30, 2010

kami adalah wonderpets

walaupun aku benci gila dgr lagu wonderpets ni, tp satu benda yg aku agreed pasal wonderpets adalah tagline mereka yg sgt popular tu..."Apa yang penting, kerjasama"...

biasalah, kalau dgr ceramah2 rumahtangga, salah satu yang perkara yang menguatkan hubungan adalah kerjasama. kalau masing2 berkira mcm mana nak hidup bersama..betul tak?

ada jugak yg kita dgr takpun kita tgk drama2 melayu asik2 pmpuan buat keje rumah, laki goyang kaki. pastu laki plak keje bagai nak gila, bini tolong mengabihkan duit. tp syukur la, laki aku tak mcm tu dan aku bukan jenis bini yang macam tu jugak. keje rumah, sama2 buat. tak payah nak berkira sape lebih sape kurang..cuci pinggan sama2 buat, lepas makan kalau ade pinggan..basuh la skali..tayah la nak berkira sgt. kalau memasak, laki aku pun sama2 kat dapur tolong potong2 apa yg patut, buat air ke. dah cukup ringan keje aku. waktu sahur je kadang2 dia tak bgn, sbb tido lambat tgk bola. lgpun kebanyakan benda aku dah prepare siap2 waktu mlm, tinggal nak menggoreng je.

kalau pasal berbelanja, aku pun tak pernah mengharap 100% duit suami utk beli brg2 rumah, pakaian semua..sama2 la kuar..contohnya, dia dah beli brg2 baby, aku beli brg2 dapur. dia belanja aku baju raya, aku belanja dia seluar jeans sepasang. kan sonok camtu. plg sonok bila ujung2 bulan dah 'short' tu, ngan sape lagi kita nak mintak kan *wink*

kalau pasal driving, nak jln2 or pegi mana2..aku pun tak berkira sgt sape yg memandu. maybe sesetengah org nampak pelik bila pmpuan yg drive kan. tp tade hal pun cuma kalau aku dah penat n ngantuk kami gilir2..untung ape dua2 bleh memandu..lagi2 perjalanan jauh nak balik 10 jam dari kulai ke alor star. takkan la kejam sgt kita nak suh laki je bwk kete, kita dok sebelah nyanyi2 bajet suara sedap sgt (eh mcm pernah buat je)

ni bkn nak memuji sape2, saje teringat nak buat entry mcm ni sbb dlm kepala asik dok nyanyi lagu wonderpets je dr pg tadi. pehal tah.haha..apa2 pun harap2 kami menten mcm ni sampai bila2.. :)

Thursday, August 26, 2010

checkup 28w

malas tul nak blogging skang ni. cam takde mood je. main game ade plak mood. hehe..

last monday gi checkup kat Klinik Kesihatan Kulai. alhamdulillah semua ok. uri pun dah naik balik ke atas. bagus, baby dgr ckp mommy dia ni. ari2 pesan suh dia tolak balik uri, sambil2 dok main tendang2 n pusing2 sampai geli2 perut aku (aneen yg suggest suh pesan kat baby kan?). blood pressure pun ok, normal. Hb pun ok..dulu asik turun je..skang dah normal balik. berat, turun 0.5 kg sebab gigih berpuasa. bagus2. berat baby je tatau brp, u know la klinik kesihatan tu..kalau aku tanya ape2 yg tak mampu diorg nak wat, dia sendiri suggest suh gi private. kalau aku gi private, dia bising plak kata membazir bayar mahal2. tu aku punya pasal la kan?

ari isnin depan plan nak gi pakar putri JB, nak buat 3d/4d scan. hasben sy siap amik cuti sbb alang2 selasa tu cuti merdeka kan. yahuu..dpt la berlama lama skit ngan hasben kat sini.

brg2 baby sy lum ade masa (ke sbnrnya malas?) packing dlm beg lg. tah la bila pk pasal packing ni, takut plak kang bersalin kat sini. tp kalau tak packing kang sape nak carikan brg2 aku kalau aku dah masuk wad. harap2 dpt la bersalin kat kedah sana..abih2 pun tak sempat biar la kat kl. takmola sorg2 kat sini, hakikatnya sy sgt gelabah nnt.

dah tgk2 kalendar n plan nak amik maternity leave awal. tp kena dpt kelulusan GB. harap2 Allah lembutkan hati dia supaya dia senang bg cuti. harap2 dpt la berehat kat rumah sambil menghitung hari. doa2 kan ye.

tu je la update skit on my pregnancy. doakan sy sentiasa sihat ye :)

Monday, August 16, 2010

Orange Cake!!

keinginan nak buat orange cake ni dah lama tp sbb takde mixer, maka saya bantutkan sekejap keinginan tu. tp sbb ini mungkin 'mengidam', jd keinginan tu terpaksa dipenuhi. sbnrnya aku mengidam nak buat kek ke nak mkn kek, tak pasti. sbb lepas buat..abis dah dibagi org, yg tinggal utk aku cuma hirisan2 kek yg lebih2 bahagian tepi je sbb mcm tak lawa plak nak bg pada org yg tepi2 tu..hehhe

ok, kak wirda kata sharing is caring..jd sape2 nak cuba bleh la..




Adunan utk loyang kecik (aku pakai loyang 16cm). kalau nak buat kek besar jamu anak 10, pandai2 la buat kira2.

Ingredients
250g butter
1 cawan gula kastor (aku punya sukatan dlm 3/4 cawan je..ikut nasihat doc)
3 biji telur ayam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1g parutan kulit limau (takde penimbang ok, aku agak2 je...parut 2 biji limau. sila guna limau sunkist dan sewaktu, bukan limau kedai ah seng musim raya cina)
3 sudu besar jus oren (aku tak pakai jus oren, aku pakai sunquick je dlm 4 5 sudu gitu..ikut sedap rasa la ye)


Methods:

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. (terima kasih encik suami tolong pukul sampai mabeles..gara2 takde mixer)

2. Masukkan tepung, jus oren/sunquick dan kulit oren, gaul rata.

3. Masukkan dalam loyang yg dah grease dgn butter (wah, grease gitu..pandai2 buat term sendiri)

4. Kukus selama 35 minit. Org kaya ade oven, sy tatau brp lama nak bakar. pandai2 la ok


senang je kan? selamat mencuba..

Sunday, August 15, 2010

menu berbuka day 2, 3 and 4

ni namanya entry tamak haloba..haha..biasala weekend ok, hasben ade..laptop pun malas nak buka, jimat elektrik katanya...

ok, seperti yg dinyatakan dengan tamaknya di atas...ni lah menu2 utk beberapa hari lepas

Day 2


ayam kunyit. aku tatau nape kat johor ni ramai sgt org suka mkn ayam kunyit? nape eh? (ayam kunyit sy ni cincai je, tak cukup bahan)


sambal sotong/telur..ni namanya sambal tamak..mula2 nak buat sambal telur, pastu terjumpa sotong kembang, rasa nak buat sambal sotong pulak..dah rasa nk mkn dua2, campur je sekali. haha (amaran: jgn cuba di rumah mertua, maksudnya jgn tunjuk sgt la anda tamak...dok sorg2 mcm sy takpe..)


Day 3

hari ketiga puasa terpaksa attend meeting kat PPD plak sampai ptg..dah malas nak masak sbb penat n masa tu demam. so singgah bazaar berdekatan (yang hampeh dan tak semeriah thn lepas)..tak byk choice dan yg plg pelik byk plak gerai Char Kueteow Penang, Char Kueteow Utara, Char Kueteow Original bla bla....hello? saya di negeri Johor Darul Takzim ok..tayah la nak poyo2 buat nama gerai awak mcm betul2 original from Penang. mcm aku tak kenal char kueteow mcm mana. disebabkan saya di negeri Johor Darul Takzim, saya memilih utk membeli...


lontong kering (googled). thn lepas punya sedap, thn ni punya tak brp sgt la. takpala, aku phm makcik tu puasa jugak, takleh rasa. tp the best is still lontong berkuah kot..



ayam percik (googled). bulan puasa kalau pegi bazaar, mata nampak ni je...



Day 4
yay, finally dpt berbuka for the 1st time dgn husband. tp yg sedihnya plan nak masak tak jadi sbb kitorang dah spend terlebih masa dekat Sarakids JB (nnt citer pasal Sarakids ni, best tempat ni). sembang2 ngan akak tu, tgk product tu, product ni..beli tu beli ni..skali tgk jam dah 5 lebih (kami disitu sejak pukul 2 kot) sampai kulai dah pukul 6, lauk pun tak beli lg..so hasben ajak mkn kat luar je.hehe...tp rasa bersalah plak sbb tak masak utk dia..takpe, sahur nnt akan sy masak bersungguh sungguh sampai terpotong jari..(mmg berlaku begitu sahur pagi td, hahha)


nasi ayam penyet (googled)..hasben punya menu..terliur tgk sambal belacan nya tuh..tp tak berani nak order sbb pedas,nnt terbakar perut aku. bleh tahan jugak sedap si penyet ni


utk sy, nasi ayam biasa je..(gmbr googled)..bleh la asalkan kenyang..tp nasi ayam penyet td lg mabeles la

menu day 5 (arini) apa plak? malasnya..hasben dah balik :(


Thursday, August 12, 2010

menu berbuka day 1

asik tgk gmbr makanan dlm blog si wirda, aku pun nak jugak la blog berunsur makanan. tp aku bukan nak kongsi resipi macam wirda-sbb-dia-pandai-masak, pasal smlm aku berbuka ala bujang bersama rakan2 bujang yang lain. aku cuma nak menunjuk nunjuk je, sbb aku aim puasa penuh ni tahun ni. conpem bleh buat 30 entry dgn makanan berbeza. eh conpem ke penuh?




menu typical bujang - nasi goreng daging merah



fresh orange tanpa gula dan kurang ais
(sy yg mengikut nasihat doctor)




moist choc cake, buatan rakan bujang. (gambar nak yg tempting je)

*semua gambar adalah hasil carian google, sori tak save link ye.

resipi utk menu 1 dan 2, sila berkunjung ke kedai berdekatan. compem ada. resipi menu 3, bleh beli tepung kek coklat segera.

menu day 2? haa tggu la pas buka posa kang. arini masak cincai.

Sunday, August 1, 2010

lihatlah perbezaannya



ni masa 13 weeks. perut pun kecik lagi. baju yg dipakai masa tu, dah sendat gila kalau pakai skang neh. tak pun rabak terus. muka cengkung, huduh plak tu. pucat lesi.berat masa ni 39 ke 39.5 gitu je. time ni baru nak recover dari morning sickness.




ni yg latest, baru smlm. dah masuk week 25. hah sape kata tak nampak perut, mmg something wrong with your eyes. bulat. dah mcm bola sepak. nak bernapas pun sesak. muka pun dah bulat skit. berat masa timbang last week 46.5 kg. selera makan, toksah citer. dah terlebih berselera. (elok sgt la amik gmbr pun kat kedai makan). kalau muka bulat mcm ni pas bersalin, comel tak? haha.. teringin jugak nak muka bulat
 
suka.hati - by Templates para novo blogger