Wednesday, December 30, 2009
~Love Finding~
1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
1st time jumpa di Kuala Kangsar masa program Desa Tercinta MMU Cyberjaya-Melaka. rasanya start noticing him on 2nd or 3rd day kot. tak igt la. hehe. Masa ni dia Alpha FCM, aku plak dah Delta masa tu. tp dia masuk dgn diploma, that's why dia junior, even dia sudah lanjut usia. haha
2) Love at first sight?
tah ek..at first masa dpt berbual ngan dia rasa ok la. jenis suka gurau2 and kacau2 org. then pas balik dari program tu, aku admit to my bff yg aku suka kat dia. hahah..suka in a sense suka berkawan, suka dgn cara dia yg kelakar n pandai bergurau la. tp of cos la dia tatau (mcm cite cinta budak skolah menengah nak amik pmr je ahhaah)
3) Who is he when the first time you met him?
Alpha FCM (Faculty of Creative Multimedia) student. unluckily he did not proceed his degree in MMU. so 1st sem Beta dia dah move to UMS Kampus Antarabangsa Labuan. kami plak tak pernah ketemu lagi selepas program Desa Tercinta tu, kecuali sekali waktu bulan puasa di Bazar Ramadhan Presint 8 Putrajaya. tu pun just say hi n senyum je.
4) How long it takes for him to ask you out for a date?
We declared as bf&gf in July 05 and i flew to Labuan in January 06 to meet him. so that was our 1st date. (adakah aku menjawab soalan?)
5) First place dating?
Labuan lah as mentioned before heheh. (ni kalau mak aku tau, kantoi)
6) How he proposed?
The unofficial proposal was through YM je. masa ni mungkin dia sudah jatuh cinta sama gue.
The official proposal tentulah melalui rombongan peminangan beserta majlis pertunangan pada 3.10.08.
7) Special date with your hubby?
25.7.05 - boipren and gelpren :p
3.10.08 - engaged
18.12.09 - married ulala
8.6.82 - my birthday (i shared the same birthdate with my MIL)
29.1.80 - his birthday
8) Changes that he asked you to do?
setakat seminggu ++ kawin ni, takde plak dia suh tukar ape2. cuma dia suh be more independent, jgn terlalu bergantung pada dia utk buat perkara2 kecil. (contoh: beli air kat sebelah kedai kena dia temankan, ceh!)
9) What is about him that you love so much?
almost everything! the most important thing, dia sgt sabar melayan aku selama 4 thn perkenalan kami ni
10) What is about him that you wish he would change?
cepat marah. plg tak suka bile tgk muka dah start 'bebai'. nasib baik sekejap je, pastu ok balik.
11) You will lose your mind and crack your head when he..
did not answer the phone. especially kalau dah tido.
12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
is around me..huhu susah tau jadi distant wife, jiwa kacau
13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
undescribeable. no words could explain :)
weii, panjang rupanya tag hg ni wirda. tak siap gak program strategik aku huhuhuhuu.
Sunday, December 27, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Monday, December 21, 2009
Monday, December 14, 2009
4 hari lagi! perjuangan harus diteruskan
apapun, yg masih bernyawa, kehidupan tetap perlu diteruskan. persiapan kami tetap diteruskan dan sentiasa beringat dalam hati supaya tidak berlebih lebih. cukuplah dengan apa yang ada. yang penting majlis sempurna dan semuanya selamat. InsyaAllah. Doakan semua urusan kami dipermudahkan
Saturday, December 12, 2009
shocking news!
KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.
Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.
Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.
Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.
Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.
Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.
"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.
Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama
nauzubillah..Allahuakbar
*********************************************************************************
shocking! and i was like bursting into tears when i saw the news on tv3. the bride is actually my friend's sister, teh. masa teh bgtau aku di kedai bunga tghari tadi yg adik ipar dia accident dgn bas, aku masih blur..dia ckp pasal sape ni? sbb dlm hati nak menolak yg aku dgr dia sebut "adik ipar". so dlm kepala bermain main takkan yg baru kawin tu? dah berdebar masa tu, tp malas nak tanya byk since nampak perubahan muka teh tgh risau. masa ni teh pun blum tau lagi condition mangsa, just bgtau dia rasa berdebar. then lepas dah chow dari kedai bunga tu, suddenly teh called and tanya whether aku pegi ke tak kenduri adik dia esok. tp aku jwb tak sure pasal ada kenduri lain. she responded by saying, " takpe..tak pegi pun takpe.nnt aku citer" aku dah tak sedap ati sgt masa tu. trus sms and tanye ok ke tak. and she replied "adik ipar aku meninggal". i was like..speechless, n showed the sms to my mum..and we were both diam tak ckp pa pe.
Ya Allah, sampai tgh mlm ni, ati aku masih berdebar debar. Ya Allah, aku takut aku tak sekuat pipah, adik teh. Ya Allah, kau selamatkan lah kami dan keluarga kami, kau panjangkanlah umur kami, kau panjangkanlah jodoh kami.
harap pipah dan family teh tabah menghadapi dugaan ni.
Thursday, December 10, 2009
8 hari lagi! seratus~
mlm ni abah buat mesyuarat keje kawen kat surau taman. aku baru tau, nak kawen pun kena buat mesyuarat. mmglah hidup aku ni penuh dgn mesyuarat je. kalau guru besar aku tau kat rumah pun mesyuarat, mesti dia tergelak kepuasan kan?
rugi tak dapat nak join mesyuarat + majlis baca yassin sbb sudah dtg bulan (terima kasih pada air tebu magic). nampaknya saya tidak perlu risau utk ke masjid minggu depan bg menyaksikan en fharid menerima nikahnya. nyam!
Wednesday, December 9, 2009
9 hari lagi! advice needed, again
tinggal lagi 9 hari, bleh ke nak gi buat last facial..plan nak buat jumaat last week tp bz plak. tak sempat. ok ke kalau buat 9 hari lagi, sempat tak nak recover balik pas kena picit2 blackhead semua tu?
10 hari lagi! sudah dibenarkan bernikah
dah collect kebenaran bernikah di pjbt agama ptg tadi..duh duh..cuak saya melihat nama kami tertulis di situ. (teh, the reason why aku pakai baju kurung kat kedai rainbow ptg tadi heheh)
selain dibenarkan bernikah, kek hantaran juga telah ditempah.
esok nak buat hunting ape lagi tatau la. dah penat dah ni..hajat nak buat spa dan facial pun tak tercapai lagi.
letey jugak keje kawen ni..tp seronok! once in a lifetime.
Monday, December 7, 2009
11 hari lagi! balik kampung~
selepas penat chill dgn ayam2, aku meneruskan semula perjuangan singkat aku ni. ari ni pulang ke kampung ibuku di Baling untuk ke rumah sepupuku, Kak Mas. tujuan mengambil barang2 hantaran yg daku beri kepercayaan sepenuhnya pada kak mas utk gubah..dan nyata kepercayaan aku tu tak disia siakan. aku seperti mahu menjerit menyatakan "Hantaran aku lawaaa!!!!" tp seperti orang gila pulak ku rasa. aku juga mahu menjaga adab aku sebagai bakal pengantin. ceceh. tp seriuslah, aku sukakan hantaranku itu..biarla org lain takmau kata lawa pun takpe..yg penting di mata ku ia mmg lawa dan cukup berharga
nah, kenapa selepas pulang dari parti ayam aku bersastera bagai.
Sunday, December 6, 2009
12 hari lagi!~ parti ayam dan parti ketam
rasanya, diameter abdomen dah bertambah beberapa micrometer.
*gmbr countdown ahkak tak bleh upload plak..
Saturday, December 5, 2009
13 hari lagi! parti ayam ala sopan~
di kidnap oleh arah dan teh utk berparti ayamsecara sopan di pesta penang bersama yat, lartz, mala dan anak2 ayam import yg lain.
gmbr will be uploaded later..menunggu rakan2 ayam upload di facebook.
Friday, December 4, 2009
14 hari lagi! sdg pasif
adoiii..sejak bangun tido sampai skang blum buat apa2 pun..mandi pun tak..makan pun tak..rasa malas gila ni. maybe sbb dah 3 ari berturut turut asik kuar je..tp yg geramnya, susah gila nak cari tudung warna lilac muda tu.. huwaaa!! apesal lak cik kiah tu pi pilih kaler susah2 kat aku..kaler asal yg aku mau tu rasanya lagi senang nak cari..nasib baik kain yg cik kiah beli tu lawa..kaler tu sebenarnya lawa, tp tak sangka lak susah gile nak cari tudung kaler tu. tatau nak cari kat mana lagi dah, abis semua kedai tudung aku dah redah.
esok nak stop berblogging seketika sbb nak pi berpesta dan berparti bersama mak-mak ayam di penang.
Thursday, December 3, 2009
15 hari lagi! pusing2 lagi
backdated entry.. arini mcm tak brp ade mood nak blogging.
ari ni ahkak dah berjaya beli baju utk mlm tahlil dan juga sehelai carpet gebu utk bilik ahkak. tahniah kpd ahkak...
yg tak besnya..ahkak tak jumpa2 tudung nak pakai sanding..last2 beli tudung bawal jak hendaknya. penatnya oi~
Wednesday, December 2, 2009
16 hari lagi! letih~~hapuuuu
oh-oh, ahkak sempat singgah dkt mak andam ahkak, nak tgk kain yg diorg custom made utk ahkak tu..woh, ahkak teruja.
ari ni misi ahkak nak cari accesory. dpt la skit2..tinggal nak cari tudung untuk sanding tu..susah jugak nak cari warna tema baju ahkak tu rupanya. takpela, kalau tak jumpe ahkak pakai tudung saji mak ahkak. yg buat ahkak penat pasal ahkak dah pusing abis satu alor star ni, tapi tak jumpa2 baju yg nak bagi ahkak cun skit di mlm majlis tahlil pas majlis akad nikah ahkak tu nanti. haish, ahkak pakai baju kebaya kadet pandu puteri kang sentap plak mak mertua ahkak.
misi ahkak mencari tudung akan bersambung lagi esok..ahkak dah penat ni. kawan2 plak ajak parti ayam, parti buih dan pesta penang..haih, ahkak keliru jadinya~
Tuesday, December 1, 2009
17 hari lagi! antar borang

potong dah up balik..gila lama nak tunggu payment clear. sbb tu malas nak buat payment pakai M****2**.com tu
ari ni nak pegi pjbt agama antar borang permohonan nikah. smlm bz dgn majlis tunang kak, malam baru settle semua..so ari ni baru nak start uruskan hal2 kenduri aku plak.
nnt sy update lagi..tu pun kalau kami tak berebut encik potong..pasal kakak sy mesti lagi byk juicy update kan? skang mau pegi mandi dan siap2 ke pjbt agama..callooo~~























