Friday, July 31, 2009

LEGA...

Kes 1: bedroom set yg dibeli beberapa bulan yg lalu sudah dibawa pulang ke rumah selepas semua harta 'pusaka' dlm bilik tu dah melalui proses 3R (reduce, reuse, recycle)

LEGA

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 2: doorgift yg dibeli masa cuti penggal yg lalu telah 'diculik' oleh jiranku utk ditolong ikatkan riben dan melalui beberapa proses transformasi cantik. (aku rasa dia runsing tgk dah berbulan dlm kotak, tak buat pa pe pun sejak beli)

LEGA GILA

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 3: Solution utk doorgift sampingan yg blum abis2 pikir sejak beberapa bulan yang lalu telah berjaya diselesaikan oleh jiranku (yg sama spt kes di atas) dengan cara bersetuju utk menambahkannya dgn hasil tenaga dirinya dan diri ibuku

LEGA TAHAP NAK GILA DAH

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 4: Solution utk telur ayam cadangan bapaku telah dipersetujui utk disponsor oleh kakakku


LEGA TAHAP TATAU NAK CKP APA DAH



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes 5: Cadangan bapaku utk menjamu tetamu dengan ayam * di hari kenduri mungkin menjadi kenyataan apabila rakannya si penjual ayam * itu mahu SPONSOR 100 ekor ayam *. (sila jgn ubah pikiran)

saje takmau reveal ayam ape..mungkin ayam masak merah, ayam kicap, ayam kunyit atau apa2 je jenis ayam yg halal. tp sy tak rasa ayam itu ayam kfc


LEGA TAHAP NAK TERGOLEK



------------------------------------------------------------------------------------------------

sape2 rasa nak sponsor lg, bleh la utarakan..jgn malu2 ^_^

Wednesday, July 29, 2009

warghhh!!

(mak ai, mcm tgh meroyan)

charger laptop aku mcm rosak je!!! kejap masuk kejap tak masuk..waaaa!! nak baru ke? takmola rosak skang plis.

mahal tak charger laptop? aku pakai compaq presario v3000. ade sape nak jual second hand charger tak?

huwaaaa!!

Monday, July 27, 2009

men's ring..what's hot n not?

agak lama tidak mengupdate blog ini..berikutan kesibukan menghadiri kursus fotografi (ade yg rasa impressed ke) selama 2 hari dan kesibukan2 harian di sekolah yg tak seronok pun utk diceritakan di sini.

ok, ari ni nak share skit info on lelaki n brg kemas..cincin la to be exact..kalau korg search, mmg byk article yg bleh jumpe ttg hukum lelaki pakai cincin ni..so buat la googling skit utk cari info2 tu, since aku ni tak arif sgt bab2 hukum ni. lgpun takut jugak, mana tau syok2 nak kawin, cincin plak dah beli mahal2..skali haram plak pakai..tak ke susah camtu? kalau pmpuan ni takde hal la kan, cincin ape pun blh pakai.



terima kasih google image



kesimpulan yg aku dpt from a few resources yg bleh dipercayai:

yellow gold: surely tak bleh pakai..rasanya yg ni mostly tau kot
white gold : tak bleh pakai gak since composition nye still ade emas
platinum : halal dipakai lelaki
suasa : yg ni aku masih tak sure..ade yg ckp halal ada yg ckp haram. composition nye masih
ade emas even skit.so mcm mana tu?
silver : bleh pakai dan katanya mengikut sunnah nabi
titanium : bleh pakai

so, the best choice skang ni silver, platinum or titanium. tp nak bg cincin silver, mcm tak sampai ati la plak. platinum aku tak pasti harga mcm mana..mahal ke murah ek..titanium pun aku tak pasti mcm mana..nampak sama je dgn silver n platinum..huh, susah jugak nak pilih cincin lelaki ni kan? mana satu yg plg bagus?


*apa kata kita serbu habib jewel tgh mega sale skang ni.

Saturday, July 25, 2009

4 Years

our 1st picture, taken on 13th of Jan 06, Labuan
abaikan perut fharid yg buncit ditiup angin sepoi2 bahasa


it's been 4 years! phew, still can't believe we've made it this far..

Happy 4th anniversary, Mr Mohamad Fharid. Let's start counting days and money :)) (for the next great achievement)

Monday, July 20, 2009

mendapat award

i felt very honoured to receive this award from dida (@ ida bcm as what i used to refer her to some of my friends) ..hehehe.. layak ke aku utk award sebegini? u'll be the judge :)




tq ida..kalau ada award dgn hadiah percutian 3d2n ke, makan2 ke..jgn lupa forward kat aku lagi tau..btw, aku rasa hg layak dpt award tu.


------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila copy paste award ini di blog anda
# sudah.

Sila copy paste award ini di sidebar blog anda
# ni melibatkan edit html ke? amik masa sket ni..

Passkan award ini kepada 5 rakan anda..
5 ke? tak byk rakan blog kat sini.

1. farah asri
2. wirda (aku tau hg dah dpt)
3. dida (haha, dpt balik)
4. arman
5. cik nurul huda @ spreadmyhappiness (kire rakan jugak la wpun virtual kan?)


tq, i tak sangka i menang award! (ala2 speech anugerah bintang popular) *gedik nak mampos

Wednesday, July 15, 2009

kasut size 4

dah lama nak buat entry pasal kasut saiz kecik ni..asik terlupa je..ok malas nak cite panjang..tumpang wireless jiran2 je ni (hahahaha). aku ade 2 soalan

soalan 1: nape susah tul nak cari kasut saiz 4 skang ni? aku sorang je ke kat mesia ni yg masih pakai kasut saiz 4, bilamana kwn2 lain dah tinggalkan saiz 4 di bangku sekolah lagi..(gile tak membesar aku ni)

soalan 2: mana nak cari kasut/sandal mcm2 gmbr2 di bwh? aku nak cari kasut2 begini sbb practical, masih lagi bleh pakai utk kenduri kendara selepas kawen. (atau bantai sj pegi keje..oh mak vogue!) aku taknak yg berlabuci-labuci bagai dan akhirnya masuk stor jugak nnt. nak sewa pun tak dpt, sbb tak byk butik yg ade saiz 4 (tak memahami kehendak pelanggan tul) *kalau ade tolong la bgtau






more info & tips on wedding shoes, click here

btw, bg sape2 yg minat kasut lace berlabuci (jenis typical melayu punye wedding shoes) bleh beli online di sini, harga pun berpatutan.

Dios Astana Bridal

lain-lain, cari kat google sendiri la ek..nak tido dah..hihi

Thursday, July 9, 2009

Honeymoon mode..ah indah~

gambar bukan kerusi honeymoon saya (terima kasih google image)


bukan ke aku sepatutnya buat kajian tindakan? kenape aku menggedik di sini? duh, betul2 menyusahkan la. mana dia jawatan pembantu guru yg dijanjikan itu? i need one.

drpd fikirkan kajian tindakan tipu-tipu @ poyo tu..baik pikir pasal honeymoon destination.woweee!~ actually, nxt week ada matta fair kat jb.17-19 july, exhibition hall, the zon jb. awal2 dulu dah plan, kalau ada matta fair nak serbu since org ckp offer nye lebih lebat drpd biasa..aku pun tak pasti..

discuss dgn fharid, dia mcm malas nak dtg jauh2 semata-mata nak gi matta fair tu..(yg kl dulu dah terlepas). Tak nak membazir katanya, byk lg cara lain bleh survey. hmm.aku pun malas la nak gi sorang2. takde feel ah booking honeymoon sorg2..dah la tatau pun nak gi mana..nak gi obersi, byk penyakit plak skang ni. lgpun kami dah plan utk pegi local dulu, then ujung2 thn nnt kalau ade rezeki lebey bleh la jln jauh skit.

----------------selingan-------------------------------------------------------------------------
sy teringin nak gi umrah pas kawin. mohon Allah murahkan rezeki kami berdua dan parents kami.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

sape tau, local honeymoon destination..kat mana plg bes kat msia ni? langkawi? aih dah byk kali sgt pegi (tp rasa nak pegi slalu sbb bes). redang? perhentian? tioman? port dickson? cherating? (satu pun tak pernah sampai lagi). cameron? bkt tinggi? (tak pernah sampai gak) ade cadangan lain? atau kami patut explore air terjun gunung pulai je (dekat skolah beb, bleh pegi lepas waktu kokurikulum hahah)

Try jugak survey2 honeymoon package dari internet..wallaweyy, mahal la. Tp ok la dgn pakej yg ditawarkan, kot. Ape pun, org kata..tepuk dada tanya selera..jgn lupa tepuk poket skali, biar sesuai dgn bajet. Apa guna honeymoon mewah2, pas balik kopak..sape nak tanggung wey?

penting tak honeymoon pd anda? tak bleh ke kite duduk diam2 sj di rumah?

Monday, July 6, 2009

Mati? Nauzubillah

sedang surfing2, googling2 sambil melayan lagu2 di media player. playback yg mungkin secara kebetulan. dua lagu berturut berunsur kematian. isk, terkedu plak rasa. terbenti sekejap.

Ronan Keating-If Tomorrow Never Comes
Acha Septriasa-Sampai Menutup Mata

sblm ni dengar lagu2 ni mcm takde hal je. apesal bila dia berturut aku rasa seram? heee..sincerely, aku takut kalau mati skang.isk, ape aku ckp ni? Nauzubillah.

jadi, sblm terlambat..utk2 mereka2 yg aku syg..aku syg kamu semua!

bila tiba masanya, aku mahu kamu semua mengingati aku, sentiasa mendoakan aku, ye.

(peh, sentimental gile)

conpem nak delete kedua-dua lagu tersebut..saiko!

*ajal maut di tangan tuhan..mengingati mati adalah satu perkara yang paling menginsafkan*

Saturday, July 4, 2009

Cupcakes for Mama

dah byk ari terpikir utk update entry ni..tp bz sgt dekat skolah. tambah lagi SchoolNet pun mcm buat hal ngan aku..bilamana aku sorg je yg takleh online..bila dpt online pun mcm slow je..malas la aku..arini pun sbb secara tak sengaja dpt online kat rumah sewa ni..tah sape punye wireless takde security. bagus jugak utk aku.

ok, here are some pics of the cupcakes yg aku order dr kak syima utk birthday mama on 30th June. design kali ni, aku suke sgt..sbb warna nye adalah warna feveret aku n mama. (aku baru perasan mak aku suka warna purple masa sibuk2 cari baju n bunga cuti aritu)


design + card


hasilnye..2 thumbs up utk kak syima

anyway, thanks utk kak syima yg sudi terima order sy..(sy je ke yg slalu order 9 ketul? heheh)..cantek sgt..mama pun suke..

sape nak order, bleh contact kak syima..(dpt commision tak promote ni?)
 
suka.hati - by Templates para novo blogger