Sunday, January 3, 2010

kurang idea

sori. sejak kawin ni, dah mcm takde idea plak nak tulis ape dlm blog ni. sblm ni bleh la tulis progress, countdown n mcm2 lagi. syg plak kalau blog ni dibiar camtu je kan? plus lepas kawin ari tu mmg bz skit. hari jumaat nikah, hari sabtu kenduri. hari ahad sampai selasa sibuk uruskan hal2 pemulangan barang2 yg disewa. amik kesempatan utk jalan2 dgn si suami skali.

hari rabu sampai jumaat, kami trus ke Langkawi for our so-called honeymoon.hehe. honeymoon ni last minute je plan, nnt lah sy citer dlm entry lain bertajuk honeymoon (wah, plan entry siap dgn tajuk..cam bes je).




tips: silala honeymoon selepas kawin walaupun dekat di blakang umah skalipun, honeymoon mmg bes haha


ari jumaat check out, sampai kuala kedah around 8.30 p.m. mlm tu dgn penat gila packing plak baju2 termasuk baju kotor dr langkawi skali utk dibawak balik ke kulai. esoknya drive balik johor dr alor star tp singgah bermalam di rumah in- law kat seremban. ahad, balik kulai. si suami pun balik ke KL. and isnin kitorang dah sama2 start keje.

bz kan? so, sori la kalau tak sempat sgt nak update cite2 pasal kawin. actually tgh tggu gmbr dr OP jugak, tp mungkin cite pun dah basi by the time dpt gmbr2 tu. heheh. basi pun, lantak pi.

ok, nak tido dulu. Good Luck utk adik2 thn 1 yg masuk skolah esok

Wednesday, December 30, 2009

~Love Finding~

Entry khas untuk Pn Wirda yg menggesa aku jawab soklan2 misteri ni lepas kawen. sambil2 tension pikir program strategik, bleh la layan tag ni dulu. tp as Pengantin Baru, maybe byk soklan takleh dijawab dgn sempurna kot hehehhee...

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
1st time jumpa di Kuala Kangsar masa program Desa Tercinta MMU Cyberjaya-Melaka. rasanya start noticing him on 2nd or 3rd day kot. tak igt la. hehe. Masa ni dia Alpha FCM, aku plak dah Delta masa tu. tp dia masuk dgn diploma, that's why dia junior, even dia sudah lanjut usia. haha





2) Love at first sight?
tah ek..at first masa dpt berbual ngan dia rasa ok la. jenis suka gurau2 and kacau2 org. then pas balik dari program tu, aku admit to my bff yg aku suka kat dia. hahah..suka in a sense suka berkawan, suka dgn cara dia yg kelakar n pandai bergurau la. tp of cos la dia tatau (mcm cite cinta budak skolah menengah nak amik pmr je ahhaah)

3)
Who is he when the first time you met him?
Alpha FCM (Faculty of Creative Multimedia) student. unluckily he did not proceed his degree in MMU. so 1st sem Beta dia dah move to UMS Kampus Antarabangsa Labuan. kami plak tak pernah ketemu lagi selepas program Desa Tercinta tu, kecuali sekali waktu bulan puasa di Bazar Ramadhan Presint 8 Putrajaya. tu pun just say hi n senyum je.

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
We declared as bf&gf in July 05 and i flew to Labuan in January 06 to meet him. so that was our 1st date. (adakah aku menjawab soalan?)

5) First place dating?
Labuan lah as mentioned before heheh. (ni kalau mak aku tau, kantoi)




6) How he proposed?
The unofficial proposal was through YM je. masa ni mungkin dia sudah jatuh cinta sama gue.
The official proposal tentulah melalui rombongan peminangan beserta majlis pertunangan pada 3.10.08.




7) Special date with your hubby?
25.7.05 - boipren and gelpren :p
3.10.08 - engaged
18.12.09 - married ulala
8.6.82 - my birthday (i shared the same birthdate with my MIL)
29.1.80 - his birthday

8) Changes that he asked you to do?
setakat seminggu ++ kawin ni, takde plak dia suh tukar ape2. cuma dia suh be more independent, jgn terlalu bergantung pada dia utk buat perkara2 kecil. (contoh: beli air kat sebelah kedai kena dia temankan, ceh!)

9) What is about him that you love so much?
almost everything! the most important thing, dia sgt sabar melayan aku selama 4 thn perkenalan kami ni

10) What is about him that you wish he would change?
cepat marah. plg tak suka bile tgk muka dah start 'bebai'. nasib baik sekejap je, pastu ok balik.

11) You will lose your mind and crack your head when he..
did not answer the phone. especially kalau dah tido.

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
is around me..huhu susah tau jadi distant wife, jiwa kacau

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
undescribeable. no words could explain :)


weii, panjang rupanya tag hg ni wirda. tak siap gak program strategik aku huhuhuhuu.


Sunday, December 27, 2009

sneak peak of reception pics


















all pics credits to Nasirzin Photography

more coming soon :)

Wednesday, December 23, 2009

out

for our first honeymoon..coming back on friday

reception piccas coming soon..

bye2

Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah..

sudah sah bergelar isteri kepada mohamad fharid bin mohamad salleh






sukanya mak













Monday, December 14, 2009

4 hari lagi! perjuangan harus diteruskan

terhenti seketika countdown sy tatkala mendapat berita tragedi yang berlaku pada keluarga teh. sungguh, perasaan takut dan berdebar sgt kuat selepas melihat dan mendengar kejadian yg berlaku sekelip mata itu. Allah maha berkuasa, bila-bila masa saja dia boleh ambil nyawa kita. tak kira tempat, tak kira masa. untuk bakal pengantin mcm aku, tragedi ni umpama peringatan kepada diri aku agar sentiasa melengkapkan diri dengan doa dan tawakal.

apapun, yg masih bernyawa, kehidupan tetap perlu diteruskan. persiapan kami tetap diteruskan dan sentiasa beringat dalam hati supaya tidak berlebih lebih. cukuplah dengan apa yang ada. yang penting majlis sempurna dan semuanya selamat. InsyaAllah. Doakan semua urusan kami dipermudahkan

Saturday, December 12, 2009

shocking news!

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas


KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama


nauzubillah..Allahuakbar




*********************************************************************************

shocking! and i was like bursting into tears when i saw the news on tv3. the bride is actually my friend's sister, teh. masa teh bgtau aku di kedai bunga tghari tadi yg adik ipar dia accident dgn bas, aku masih blur..dia ckp pasal sape ni? sbb dlm hati nak menolak yg aku dgr dia sebut "adik ipar". so dlm kepala bermain main takkan yg baru kawin tu? dah berdebar masa tu, tp malas nak tanya byk since nampak perubahan muka teh tgh risau. masa ni teh pun blum tau lagi condition mangsa, just bgtau dia rasa berdebar. then lepas dah chow dari kedai bunga tu, suddenly teh called and tanya whether aku pegi ke tak kenduri adik dia esok. tp aku jwb tak sure pasal ada kenduri lain. she responded by saying, " takpe..tak pegi pun takpe.nnt aku citer" aku dah tak sedap ati sgt masa tu. trus sms and tanye ok ke tak. and she replied "adik ipar aku meninggal". i was like..speechless, n showed the sms to my mum..and we were both diam tak ckp pa pe.


Ya Allah, sampai tgh mlm ni, ati aku masih berdebar debar. Ya Allah, aku takut aku tak sekuat pipah, adik teh. Ya Allah, kau selamatkan lah kami dan keluarga kami, kau panjangkanlah umur kami, kau panjangkanlah jodoh kami.


harap pipah dan family teh tabah menghadapi dugaan ni.

 
suka.hati - by Templates para novo blogger