Tuesday, June 29, 2010

selera tak sama

tajuk direct to the point, senang.

selera kami suami isteri, mmg berbeza. suami suka mkn ikan..ikan goreng, ikan asam pedas, ikan stim...sy suka mkn ayam..ayam goreng, ayam masak merah, kari ayam (sah2 anak mamak), tomyam ayam.

suami suka mkn sup, saya lebih suka kari (anak mamak). kalau mkn nasik, sy lebih suka nasik sy tak nampak warna putih lg dah..maksudnya, dah ditutup kuah kari berwarna kuning, atau masak merah, atau masak kicap. suami lebih suka nasiknya masih warna putih.

suami suka mkn sayur. sy kurang mkn sayur. tp sy mkn jugak kalau sayur tu dimasak sedap. sy lebih suka sayur goreng, suami suka sayur masak air.

jadi mcm mana kami mkn bersama kalau selera tak sama? sbnrnya, kami mkn je ape yg ade, mujur dua2 tak memilih sgt. kalau sy yg masak, sy campurkan dua2 selera supaya dua2 bleh makan. tp kalau mak mertua yg masak, sah2 la selera ikut selera diorg je. huhu pdn muka sy.

tp bila mkn kat kedai, nape selera kami bleh jadi sama? sy suka lasagna, dia suka lasagna. saya suka stimbot, dia suka stimbot, sy suka chicken chop, dia suka chicken chop. jadi, marilah kita mkn mewah selalu. haha

*sebenarnya td adalah nak google resipi ikan cencaru, sbb ade ikan lebih dlm peti, tp sy tak suka mkn ikan, jd buatpe nak cari resipi? suami sy bukan ade sini pun arini.

Friday, June 25, 2010

20 weeks. i'm halfway thru

alhamdulillah, i made it until 20 weeks, tanpa sebarang masalah besar setakat ni. alah2 pun dah abis. kalau tak silap start alah masa masuk week 6 n ended at week 13. 7-8 mggu gak tu, adoi.masa week 13 dah kurang loya n muntah, tp time tu bleh kata ari2 pening. skang pening pun dah kurang. kalau ade pun jarang2 sgt. selera makan mmg menjadi jadi, nasib baik bleh control lg sbb duduk sorg2, so takleh nak mengada sgt request yg tu yg ni. hehehe. kalau teringin kena cari sendiri or masak sendiri, baik bantutkan je keinginan tu. haha.

skang ni waktu peak lapar adalah waktu pagi. kalau pagi2 tak dpt perut siap bunyi2. tp kalau terlebih mkn, rasa perut mcm dah sendat sgt, nak bernafas pun susah. huhu

haa, ckp pasal sendat. rasanya dah sampai masa utk transform ke maternity dress. eii, segan rasanya nak pakai maternity dress, tp kain baju kurung semuanya dah tak bleh nak kancing lg dah. yg baru buat pun dah takleh nak pakai. tak larat dah rasanya nak seksa diri pakai gak kain tu n bukak kancing bila dlm bilik guru. kat skolah ni waktu rasmi mengajar takleh pakai seluar (sekolah2 lain pun sama kot). kalau tak bleh la gilir2 pakai maternity pants n blouse, tak la nampak mcm makcik2 sgt..hhahaha (eh, no offense ye..sy berckp pasal diri sendiri)

a few days ni, dah bleh rasa baby bergerak ke sana ke mari. adakah dia sedang swimming? atau bermain futsal seperti papa dia? tatau la. tgh2 driving dok ketuk2 pintu perut, haih..buat terkejut je. nak2 plak time tu tgh syok 'corner baring'. maybe dia tgh remind suh berhati-hati di jalanraya kot. :p

masuk week 18 aritu gi scan. gender dah dibgtau oleh doc, tp aku cam malas nak mengharap sgt. takut lain plak nnt. so tggu la sebulan dua lg, scan balik. nampak dr scan, alhamdulillah dah complete n sempurna anggota dia. jari jemari dia yg cute2 tu buat aku rasa nak gigit2 je. geram! kaki pun sibuk menendang nendang, mmg sah la ikut perangai bapak dia ni. mlm jumaat je sibuk main futsal.

tu je update terkini. good news, this blog is open back to public. (temporarily or permanently tatau, tak decide lg). ok nak prepare utk kelas plak jap lg.

Thursday, June 10, 2010

kenape???

apesal sejak2 privatised blog ni, dkt link dlm blog org lain jadi tak update? hohoho

nak buat camne. takmo open to public balik

boring ah camni!

Monday, May 31, 2010

Jika ini ketentuanNya, aku redha...


Permohonan pertukaran anda ke W. Persekutuan Kuala Lumpur tidak diluluskan.
Sila cetak surat di bawah dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua/Guru Besar.



kecewa, sedih, risau. tu je dalam kepala

kecewa & sedih sbb sy tau sy layak. ikutkan syarat saya dah terlebih layak..mengikut suami dan berkhidmat lebih dr setahun di daerah/negeri semasa. ni dah nak masuk 3 thn dah sy kat sini. dah naik bosan dah.

risau. penempatan semula adalah thn depan, januari 2011. masa tu sy dah abis berpantang pun. jd di mana sy nak bersalin? adakah di johor, nnt ic baby sama ngan ic bapak dia plak.

dah pun naik putrajaya, buat rayuan apa yg patut. doakan supaya masih ada peluang n rezeki utk saya. dah habis air mata nak bersedih sedih. kesian ngan mama abah yg siang malam asik kol sbb dah mula risau duduk sorang kat sini.

apa2 pun sy tawakkal dan sy redha. mungkin Allah ada rancangan yg lebih baik utk saya.

Thursday, May 20, 2010

allergies

puan-puan yang budiman,

kalau kita ade certain allergies to some food, kalau kita termakan atau saja2 nak makan atau teringin gila nak makan, ade effect tak pada si kecik yang dikandung?

aku allergic pada daging kambing sejak bila tatau. tp mmg mak aku 'prohibited' aku dari memakan kambing. masa kat MMU dulu, aku pun saje2 la nak try daging kambing. mana la tau, masa kecik je mak tak bg mkn, dah tua2 ni ok kot. so try makan nasi beriani gam sblh Uniten tu, berlaukkan kambing kuzie gitew~.. effectnya tak payah amik masa lama, mlm tu jugak aku menggaru seperti beruk mat yeh (eh lama tak sebut nama beruk ni). mlm tu jugak ade bintik2 kecik dah start kuar kat muka n paling teruk di betis. berminggu minggu plak tu nak ilang. perh, hazab gila la dia punya miang. jadi, sy yakin sy adalah allergic pd daging kambing.

tp kalau mkn lamb, allergic mcm kurang skit. yg ade mcm bintik merah di muka. utk jangka masa sehari dua je. kdg2 cuma rasa gatal2 je skit tp cepat ilang.

jadi sebenarnya aku nak tanya, bleh tak nak mkn Grilled Lamb Chop weekend ni? hehehe.

*owh, cerita kambing td ada kena mengena dgn mcm mana aku bleh tau aku pregnant jugak. tp tak citer2 pun lg detik2 tu..perlu ke citer?

sila jawab kedua dua soklan la kalau rajin.

Friday, May 7, 2010

trimester 2 sudah

alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk trimester 2 bermula arini (mengikut calculation dr LMP).

sehari dua ni aku rasa mcm cram skit, mcm rasa nak period. agaknya baby tgh membesar n amik ruang dlm uterus kot.

pastu dari ari khamis lepas sampai ke hari rabu, migrain yang teramat la sakitnya sampai rasa nak tergolek golek je. biasanya kalau migrain, sapu balm, telan ubat, tido. settle. tu sblm pregnant. skang ni, sapu balm tak bleh, ubat migrain langsung la tak bleh. harap paracetamol sebijik dr klinik, tak ilang2 jugak migraine tu. maunya tak tergolek sakit sampai saja2 amik kapas basah letak atas mata sbb rasa berdenyut sampai dlm mata.

ok ni jijik skit. ari selasa lepas, tgh syok2 mkn nasik. time ni mmg kepala berdenyut tak ilang2 since ari khamis lepas lg. tanpa rasa loya bleh je tiba2 termuntah dlm pinggan nasik tu. byk plak tu. trus la berlari2 nak ke toilet, tu pun tak sempat. sib baik ade plastic bag dkt pintu, trus sambar n muntah dlm tu. biasanya kalau aku migraine mmg aku muntah, tp yg peliknya dah muntah sebegitu byk pun tak ilang2 jugak sampai esoknya.

sib baik smlm dah ok. arini pun ok. skang ni selera mkn pun better dr sblm ni, tp masih memilih gak. maybe tak lama lg okla kot.
 
suka.hati - by Templates para novo blogger