Thursday, February 17, 2011

Raisha @ 3m1w

Raisha dah pandai meniarap sendiri..syoknya. dah lama dia try tp usaha dia baru berjaya harini. haha. sblm ni percubaan mengiring dah byk kali, tp tgn asik tersepit bwh bdn..dah tu tension sendiri. tak alih2 pagi ni pandai plak buat sendiri. cuma yg risau muka dia tersembam atas tilam, sementara nk dpt position yg dia selesa. congrats anak ummi.

skang ni jugak makin kuat membebel..kalau x layan siap la jerit2 mintak attention. ikut perangai aku la tu. wahaha. gelak pun dah mengekek mcm klaka sgt. haha









cak!~ terer tak saya?

Tuesday, February 1, 2011

Routines

lepas ada baby, hari2 rutin yang sama

1. bangun subuh, pam susu

2. susukan Raisha.

3. main dengan Raisha

4. tidokan Raisha

5. basuh baju, basuh botol susu

6. sapu sampah/kemas rumah

7. mandikan Raisha

8. susukan Raisha

9. tidokan Raisha (suapaya bleh siap pegi keje plak..oh btw, saya mengajar sesi petang skang.masuk pukul 1p.m)

10. mandi sambil basuh baju Raisha (handwash ye)

11. siap2 nak pegi keje

12. sidai baju Raisha (kdg2 tak sempat, sbb Raisha takmo tido)

13. pegi keje

14. balik keje, pam susu (tak pam kat skolah sbb masa free tak byk unless kena pegi awal for meeting, terpaksa cari masa jugak utk pam)

15. susukan Raisha

16. tidokan Raisha

17. kalau lapar, makan dulu dan buat keje

18. kalau tak lapar, tido skali dgn Raisha. bgn tgh mlm, susukan Raisha pastu baru buat keje

19. rutin bersambung semula dari no 1

20. perlu pegi Slim World lagi tak? haha

Tuesday, November 23, 2010

10.11.10

its the arrival of our dear princess, Raisha binti Mohamad Fharid.

citer selanjutnya..nnt2 lah. or maybe in a new blog, kot?

nak tutup blog ni, make it a private space, ok tak?

Wednesday, November 3, 2010

i'm back

yes, i'm back after a few months of keeping silence..but, but...with a bigger body figure..which explains i'm still carrying this baby in my bump. duh..i almost reach my due date..in just 9 days from today..i always had this scary nightmare of delivering 'her' earlier than the scheduled date. so i ran back from kulai to my hometown alor star for 2 weeks earlier maternity leave (which i've already wasted 5 days of it huhu)..so guys, wish me luck..maybe in a few days i'll spread u the good news. prayers and love from u are most appreaciated. xoxo

Monday, August 30, 2010

kami adalah wonderpets

walaupun aku benci gila dgr lagu wonderpets ni, tp satu benda yg aku agreed pasal wonderpets adalah tagline mereka yg sgt popular tu..."Apa yang penting, kerjasama"...

biasalah, kalau dgr ceramah2 rumahtangga, salah satu yang perkara yang menguatkan hubungan adalah kerjasama. kalau masing2 berkira mcm mana nak hidup bersama..betul tak?

ada jugak yg kita dgr takpun kita tgk drama2 melayu asik2 pmpuan buat keje rumah, laki goyang kaki. pastu laki plak keje bagai nak gila, bini tolong mengabihkan duit. tp syukur la, laki aku tak mcm tu dan aku bukan jenis bini yang macam tu jugak. keje rumah, sama2 buat. tak payah nak berkira sape lebih sape kurang..cuci pinggan sama2 buat, lepas makan kalau ade pinggan..basuh la skali..tayah la nak berkira sgt. kalau memasak, laki aku pun sama2 kat dapur tolong potong2 apa yg patut, buat air ke. dah cukup ringan keje aku. waktu sahur je kadang2 dia tak bgn, sbb tido lambat tgk bola. lgpun kebanyakan benda aku dah prepare siap2 waktu mlm, tinggal nak menggoreng je.

kalau pasal berbelanja, aku pun tak pernah mengharap 100% duit suami utk beli brg2 rumah, pakaian semua..sama2 la kuar..contohnya, dia dah beli brg2 baby, aku beli brg2 dapur. dia belanja aku baju raya, aku belanja dia seluar jeans sepasang. kan sonok camtu. plg sonok bila ujung2 bulan dah 'short' tu, ngan sape lagi kita nak mintak kan *wink*

kalau pasal driving, nak jln2 or pegi mana2..aku pun tak berkira sgt sape yg memandu. maybe sesetengah org nampak pelik bila pmpuan yg drive kan. tp tade hal pun cuma kalau aku dah penat n ngantuk kami gilir2..untung ape dua2 bleh memandu..lagi2 perjalanan jauh nak balik 10 jam dari kulai ke alor star. takkan la kejam sgt kita nak suh laki je bwk kete, kita dok sebelah nyanyi2 bajet suara sedap sgt (eh mcm pernah buat je)

ni bkn nak memuji sape2, saje teringat nak buat entry mcm ni sbb dlm kepala asik dok nyanyi lagu wonderpets je dr pg tadi. pehal tah.haha..apa2 pun harap2 kami menten mcm ni sampai bila2.. :)

Thursday, August 26, 2010

checkup 28w

malas tul nak blogging skang ni. cam takde mood je. main game ade plak mood. hehe..

last monday gi checkup kat Klinik Kesihatan Kulai. alhamdulillah semua ok. uri pun dah naik balik ke atas. bagus, baby dgr ckp mommy dia ni. ari2 pesan suh dia tolak balik uri, sambil2 dok main tendang2 n pusing2 sampai geli2 perut aku (aneen yg suggest suh pesan kat baby kan?). blood pressure pun ok, normal. Hb pun ok..dulu asik turun je..skang dah normal balik. berat, turun 0.5 kg sebab gigih berpuasa. bagus2. berat baby je tatau brp, u know la klinik kesihatan tu..kalau aku tanya ape2 yg tak mampu diorg nak wat, dia sendiri suggest suh gi private. kalau aku gi private, dia bising plak kata membazir bayar mahal2. tu aku punya pasal la kan?

ari isnin depan plan nak gi pakar putri JB, nak buat 3d/4d scan. hasben sy siap amik cuti sbb alang2 selasa tu cuti merdeka kan. yahuu..dpt la berlama lama skit ngan hasben kat sini.

brg2 baby sy lum ade masa (ke sbnrnya malas?) packing dlm beg lg. tah la bila pk pasal packing ni, takut plak kang bersalin kat sini. tp kalau tak packing kang sape nak carikan brg2 aku kalau aku dah masuk wad. harap2 dpt la bersalin kat kedah sana..abih2 pun tak sempat biar la kat kl. takmola sorg2 kat sini, hakikatnya sy sgt gelabah nnt.

dah tgk2 kalendar n plan nak amik maternity leave awal. tp kena dpt kelulusan GB. harap2 Allah lembutkan hati dia supaya dia senang bg cuti. harap2 dpt la berehat kat rumah sambil menghitung hari. doa2 kan ye.

tu je la update skit on my pregnancy. doakan sy sentiasa sihat ye :)

Monday, August 16, 2010

Orange Cake!!

keinginan nak buat orange cake ni dah lama tp sbb takde mixer, maka saya bantutkan sekejap keinginan tu. tp sbb ini mungkin 'mengidam', jd keinginan tu terpaksa dipenuhi. sbnrnya aku mengidam nak buat kek ke nak mkn kek, tak pasti. sbb lepas buat..abis dah dibagi org, yg tinggal utk aku cuma hirisan2 kek yg lebih2 bahagian tepi je sbb mcm tak lawa plak nak bg pada org yg tepi2 tu..hehhe

ok, kak wirda kata sharing is caring..jd sape2 nak cuba bleh la..




Adunan utk loyang kecik (aku pakai loyang 16cm). kalau nak buat kek besar jamu anak 10, pandai2 la buat kira2.

Ingredients
250g butter
1 cawan gula kastor (aku punya sukatan dlm 3/4 cawan je..ikut nasihat doc)
3 biji telur ayam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1g parutan kulit limau (takde penimbang ok, aku agak2 je...parut 2 biji limau. sila guna limau sunkist dan sewaktu, bukan limau kedai ah seng musim raya cina)
3 sudu besar jus oren (aku tak pakai jus oren, aku pakai sunquick je dlm 4 5 sudu gitu..ikut sedap rasa la ye)


Methods:

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. (terima kasih encik suami tolong pukul sampai mabeles..gara2 takde mixer)

2. Masukkan tepung, jus oren/sunquick dan kulit oren, gaul rata.

3. Masukkan dalam loyang yg dah grease dgn butter (wah, grease gitu..pandai2 buat term sendiri)

4. Kukus selama 35 minit. Org kaya ade oven, sy tatau brp lama nak bakar. pandai2 la ok


senang je kan? selamat mencuba..

 
suka.hati - by Templates para novo blogger