betoi, skolah sy jahat. lebih jahat dari skolah henry gurney skolah budak2 jahat tu. mcm mana saya tak kata skolah ni jahat? ari2 keje tak pernah kurang, bertambah dan bertambah dan bertambah dan bertambah. hari2 kalau bleh nak meeting je kejenya. tatau apa yg dibincang dalam meeting, kadang2 ulang benda yang sama je.
menambahkan jahat skolah saya tu bila tiba2 tarikh hari sukan diawalkan. maka kami cikgu2 geng jahat ni kena la bertungkus lumus buat latihan rumah sukan pada pukul 4 30 ptg (waktu di mana kebanyakan pekerja lain mula packing untuk pulang) mulai minggu depan di bawah sinaran pancaran matahari terik menjadikan wajahku yang putih suci ni bertukar menjadi keperang perangan! tak buleh ke mereka faham aku blum buat majlis sebelah laki oi!
tak cukup dengan niat jahat nak menggelapkan anak2 dara, mak2 dara dan mak2 orang, serta bapak2 org, anak2 bujang dan anak2 ikan, skolah jahat kami juga suka mengatur misi membuat aktiviti pada ari sabtu (hari di mana kebanyakan pekerja sedang berehat bersama keluarga tersayang). tak cukup dengan kegiatan ko-kurikulum, ade hati lagi nak mesyuarat PIBG hari sabtu. eh eh. tak buleh ke mereka faham aku punya si suami dan kami ada keperluan lain untuk dituntuti? ehhhh.
dah la buat aktiviti tak kira hari tak kira masa, ade plak longkang2 busuk bertanya "tak balik ke, cikgu?"..."balik la cikgu, kesian suami kene tinggal" dan mcm2 lagi pertanyaan dan pernyataan bagi membuktikan mereka lebih prihatin daripada jahat. ehhhhhhh. skolah ni bukan setakat jahat je, malah pelik!
iktibar: jangan hantar anak kat skolah jahat.
6 Tahun lah!
11 years ago




haha..skolah skrg mmg mcm2.. sian cikgu..sian lagi kat budak2..humangaihh depa nih..
ReplyDeletekita dulu skolah ilek2 je..masuk U jugak..hhuhuhu
tu la wirda. yg jadi mangsanya budak la. dah la mcm2 aktiviti budak2 tu kena wat. pastu bila tak pandai cikgu jugak yg dipersalahkan. tulah, kita dulu rilek je tp bleh gak dpt keje bes2 skang hehehhe
ReplyDelete