Saturday, March 6, 2010

belum ada berita

em belum lagi dgr apa2 berita mengenai permohonan pindah antara negeri untuk cikgu2. tah la bila nak kuar permohonan online tu. maybe awal april kot. rasa dah tak sanggup nak duduk sini lagi. makin lama, emosi makin terganggu. duit pun dah byk abis asik ulang alik kulai-kl @kulai-seremban. pegi balik pun mau RM70-80, seminggu. tu pun dgn bus. kalau balik ngan kete, campur tol campur minyak..haa.bila dah selalu balik weekend, badan plak penat tak bermaya. bayangkan lah, ari jumaat, abis skolah pukul 12. kalau nasib kami baik dapat la trus cabut. kalau nasib kurang baik, sekurang kurangnya setengah jam atau 45 minit ada taklimat guru. dekat2 kul 1 baru nak kuar dari skolah. perjalanan dari skolah ke rumah sewa dah hampir 20 minit. tu pun kalau tak payah tunggu lama dekat traffic light ataupun bagi laluan org melintas jalan depan masjid utk solat jumaat. kurang-kurang setengah jam baru nak sampai. kira balik, 1.30 baru la ade di rumah sewa. mandi ala2 kerbau, kurang2 pun 10 minit. nak bersiap lagi, mau paling cepat 15 minit. 10+15 = 25 minit. tu maknanya aku dpt kuar dari rumah nak ke stesen bas pukul 1.55 tghari. dan bas aku pukul 2 ptg! nasib baik stesen bas hanya sekangkang kera dari rumah. sampai stesen, tercungap cungap jugakla. naik bas, belum masuk tol lagi, konpem dah tertido sampai ke kl.

mggu ni aku rasa rilek skit sbb tak balik. tp tak bermaksud aku tak rindukan suami. gila ke tak rindu suami sendiri.

apa pun, aku masih perlu pindah. aku rasa emosi aku dah makin teruk skang ni. walaupun diluar org nampak hepi, tp dlm hati aku je tau. dan sampai ati GB aku ckp, sayangkan suami, tinggal-tinggalkan. tak semudah itu, encik, kecuali kalau aku kena kahwin paksa!

11 comments:

  1. teruk la gb 2..sape nak dok jauh dari suami..emosi tau..huhu..

    ReplyDelete
  2. Dengar citer pertukaran cikgu - cikgu bulan 4..coz member ckp cmtu..diorg siap akad nikah bulan 3 nih sbb senang nk mintak transfer..suppose kahwin bulan 6 nih..
    kesiannya jd husband n wife PJJ ni..mcm saya jugak..suda anto surat transfer..

    ReplyDelete
  3. ryna: hehe. dia takde la teruk sgt. maybe nak comfort kan kite sbb takut mengharap sgt tp tak dpt pindah. tp wrong timing plak haha

    afira: sy pun rasa bulan 4. awak dah antar surat? agak2 bila bleh pindah tu?

    ReplyDelete
  4. i pon dok jauh dengan somi ..sedey nih ...tataula dapat pindah ke tidak nih .. T_T

    ReplyDelete
  5. yup.. bulan 4 ada pertukaran antara negeri.. so u isi G-Tukar online dkt moe.gov.my. Nanti kalau u dah apply and tak lulus..u emel me k.
    syarida393@gmail.com

    ReplyDelete
  6. sha: u kat kk kan? husband kat mana?

    shareeda: wah, bleh tolong ek? for sure sy emel awak nnt. tahnx

    ReplyDelete
  7. kesiannya kat awak nisma.. semoga dapat pindah dengan cepat ok.

    ReplyDelete
  8. atul: em thanx atul.insyaAllah, doakan saya ek

    ReplyDelete
  9. nasib baik jadi cikgu balik tgh hari. aku dulu balik keje kul 5.30...cross jambatan pulau yg jem tu..kul 630 sampai..kul 8 adalah bas bertolak..stress kejar masa..fuh..
    semuga dpt pindah cepat..amin..

    ReplyDelete
  10. wirda: btul weh. stress kejar masa. kdg2 pentadbir skolah plak mcm tak fhm, sengaja nak buat meeting n so on pada ari yg sama without prior notice.

    ReplyDelete
  11. saya tak sure akan dpt transfer ke sana bila..smlm BSM sini baru anto surat ke JPA

    ReplyDelete

 
suka.hati - by Templates para novo blogger